Total Pageviews

Friday, April 3, 2015

The Day

1st April 2015. hari yg takkan dapat dilupakan, melonjak2 hati, finally terjumpa jugak moto idaman dengan warna yg diidamkan, RR150 merah. Kisahnya bermula begini. 

31st March 2015, lepas balik keje aku pun terus terjah kedai muto sebiji2 tuk survey harga RR150 ni. Ye aku tau aku ni dalam keadaan yg amat2 lambat untuk melangsaikan niat memiliki RR150, namun sebab mmg tabiat aku bila nak minat sesuatu, tak kira waktu atau untung/rugi, kalau dah minat mesti nak tangkap. Target: BARU, WARNA MERAH, NAK LOAN KEDAI SAHAJA. 

Kedai Pertama: Takde stok, cuma ader yg second hand. (aku tak mampu nak pakai yg second hand ni sbb muto nak ulang alik jb-sgp, redah jam kat kastam ngan hujan. Kalau nak dia carikkan pun nak 18k.

Kedai Kedua: ade kaler hijau 2 biji ngan sebiji biru. (biru pun ngam jugak) harga bukak 18.8k. Loan Aeon bagai.

Kedai ketiga: Semua second. Hampehhh

Maka tiba hari yg aku tak sangka bakal menjanjikan impian aku. 

1st April 2015
Aku nekad nak gi kedai yg jauh sikit, kat Taman Sri Pulai. Balik keje, mandi dulu, amik keta bawak bakal wife pegi kedai tu sama2. sampai sana ade dua kedai besar rupanya, best gak ni, get more option. harga dapat best, 16.5k tapi cuma ader hitam. tapi spoiler criter ni lain sebenarnya, dua2 kedai mangkuk ni boleh loan "Ayon" je. Dengan sakit hati, aku pun nekad nak balik je, siap mengadu ngan  bakal wife, pesal la awal2 dulu aku tak amik moto ni, time harga masih murah, takyah main hutang2, terus cash jer. Bukan apa, memandangkan aku baru tukar kerja, maka employment letter aku tak kuat, walaupun gaji cukup kuat. 

Bab ni la wife aku supportive, ajak aku survey kat area Taman U, kawasan umah dia. 

Kedai pertama: datang2 dah bukak harga 18k, tapi ade satu merah, 2 lagi hijau. loan "ayon" lagikk!!!
Kedai kedua: ader yg second jer.
kedai ketiga: ader warna biru je, 18k. kalau merah, katanya tak yah carik, mmg tak dapat, kalau ader pun nak 22k, Kepala hotak dia berjambul!!!!

wife aku pun kata, "cuba la riki harga cash" kat kedai pertama tadi, memandangkan kedai tu ade warna merah. APA, cash?? Memang la ader cash, tapi bakal nak buat majlis kawin nak pakai duit jugak, camner?- kata aku. Wife kata, kalau dah minat, amik ajer, jangan tinggal kenangan jer, pasal kawin nanti2 buleh ejas, lagi pun bila dah amik cash, takyah risau bulanan, dah la tarik 2-3 tahun. maka dengan hati yg was-was, aku pun approach tauke tu;

 "Boss, ni RR kalau amik cash u kira berapa ah? 
Tauke pun terus jawab, haiya kasi you 17k la, siap GST.  

Perghhh, terlompat aku. Tapi masih was2, aku tanya, itu insurans mcm mana (konpom tak OTR punya harga ni, teka aku)

"aaa, itu first party lo kasi you"
Dengan terkejutnya, aku tanya lagi, "so ni harga siap semua la ye" 
"ye ye" kata tauke.

Dalam hati aku kata, peh dah lama susah nak carik merah, dpt harga best plak tu. Nekad tak nak kehilangan warna merah lazat, itu jam jugak aku gi tekan duit bagi deposit, mati2 tak nak terlepas warna merah. Tauke tanya, 

"nombor biasa kan?"
"eh tak la bos, mau beli nombor, sekarang running plate apa?
 JQU kata tauke. 

Alamak aku cukup tak berkenan ngan U, jadi aku kata, 

"bos i mau beli nombor cantik tapi mau tunggu JQV boleh? 
"boleh, 2-3 minggu sudah sampai punya"

Gulppp, 2-3 minggu?? Dengan nafsu buas aku, camner nak tunggu lama gitu?? Tapi disebabkan aku memang particular ngan number plate, maka aku mengiyakan jerrr dengan berat hati. Esoknya aku pun bagi 4-5 pilihan nombor kat tauke. Sampai sekarang masih tunggu panggilan tuk amik muto kegilaan aku. 

Last but not least, terima kasih sangat2 kepada wife yg sangat memahami, yg supportive untuk aku amik muto RR ni. Sikit pun tak dikomplen aku nak amik muto takde bakul ni, mahal plak tu.

Tujuan saya create blog ni untuk share segala pengetahuan yg bakal saya ketahui tentang RR150, dan juga kalau boleh, nak mengumpul mereka2 yg tergolong dalam Geng paling last yg beli RR150 ni, especially dalam tahun 2015.  Jumpa lagi 2-3 minggu lagi. Adios. 

P/S: Komen bernas dan membina amat dialu alukan. 


No comments:

Post a Comment